Pembelajaran Psikomotor Dalam KHSR
(Disusun semula untuk tujuan kuliah oleh: Mohd Shukri Bin Ahmad, Noor Haziratul Jannah Bt Saad, Norhasanah Bt Basri, Nurul Wazni Bt Marzuki, Rozilawati Bt Hj Shafie dan Susil Kumar (PKB))
Menurut taksonomi
bloom, pengajaran boleh terbahagi kepada:
· Bidang Kognitif
Berkenaan dengan aktiviti mental seperti kefahaman, pengetahuan dan analisa.
· Bidang Afektif
Berkenaan dengan sikap dan sahsiah diri.
· Bidang Psikomotor
Berkenaan dengan aktiviti fizikal seperti kemahiran hidup, pertukangan, dan sukan.
Ketiga-tiga bidang ini nampaknya begitu tersendiri sifatnya, tetapi dalam
Apa Itu Psikomotor?
Domain Psikomotor KHSR
Manipulasi Alatan Kerja
Cara bagaimana menggayakan atau menggunakan alatan dengan cara yang betul dan cekap.
Kemahiran ini dapat meningkatkan koordinasi mata tangan, kaki, mata dan lain-lain.
Contoh aktiviti manipulasi alatan kerja
Memaku
Pelaksanaan Secara Amali
Mematuhi Langkah Keselamatan Dalam P&P
keadaan pengajaran-pembelajaran semula jadi, pengasingan ketiga perkara ini
selalunya tidak wujud.
Contohnya :
@ apabila seorang guru ingin mengajar seorang pelajar menulis, dia perlu
mengajar pelajar itu cara memegang pencil(bidang psikomotor)
@ bentuk huruf dan maknanya(bidang kognitif)
@ juga harus memupuk minat untuk belajar menulis(bidang afektif).
Apa Itu Psikomotor?
kemahiran fizikal seperti pergerakan, koordinasi, manipulasi, ketangkasan, kekuatan, kelajuan, melalui aspek motor halus dan motor kasar
Definisi Psikomotor
Berkenaan dengan aktiviti fizikal seperti :
@kemahiran hidup,
@pendidikan jasmani,
@Seni Visual
@Seni Tari.
Domain Psikomotor
Di dalam bidang Kemahiran Hidup, penggunaan psikomotor lebih kepada :
@memanipulasi alatan kerja
@melakukan amali
@mematuhi langkah-langkah keselamatan di dalam P&P.
Kepentingan Psikomotor dalam KHSR
•Membolehkan murid menggunakan pelbagai alatan dan bahan serta melalui pelbagai teknik.
•Menghasilkan satu pengalaman yang membolehkan murid-murid celik teknologi dan memberikan mereka pengalaman mengendalikan pelbagai alatan tangan dan bahan.
•Bertujuan membentuk masyarakat berorientasikan teknologi.
- Manipulasi Alatan Kerja
- Pelaksanaan secara amali
- Mematuhi langkah keselamatan dalam P&P
Manipulasi Alatan Kerja
Cara bagaimana menggayakan atau menggunakan alatan dengan cara yang betul dan cekap.
Kemahiran ini banyak memerlukan penggunaan anggota badan seperti tangan, kaki dan pergerakan badan untuk mengawal, mengawasi atau menangani sesuatu objek.
Kemahiran ini dapat meningkatkan koordinasi mata tangan, kaki, mata dan lain-lain.
Contoh aktiviti manipulasi alatan kerja
Memaku
Menjahit
Mencangkul
Pelaksanaan Secara Amali
- •Amali adalah melakukan kerja fizikal di dalam sesuatu pembelajaran.
- •Amali berlaku apabila pelajar mengaplikasi teori yang dipelajari kepada persekitaran sebenar.
- •Guru berperanan sebagai penunjuk cara kepada pelajar sebelum pelajar cuba dan aplikasikan sendiri apa yang dipelajari.
- •Guru berperanan memastikan keselamatan pelajar sepanjang aktiviti amali dilaksanakan.
Mematuhi Langkah Keselamatan Dalam P&P
- •Peraturan keselamatan di dalam bengkel diwujudkan untuk memastikan suasana bengkel yang kondusif serta selamat tanpa kemalangan.
- •Ianya merangkumi aspek keselamatan umum, keselamatan rakan dan diri serta keselamatan alatan dan bahan.
- •Pelajar atau murid tidak boleh melakukan aktiviti atau kerja tanpa keizinan serta pengawasan guru.
Pembelajaran Psikomotor di dalam subjek kemahiran hidup yang bercorak praktikal serta amali mendedahkan murid dengan penggunaan alatan tangan untuk membuat perkakasan yang mudah, mengendali, menyelenggara dan membaik pulih alat atau mesin mudah. Penguasaan kemahiran ini membantu murid atau pelajar mengatasi masalah dalam kehidupan seharian yang banyak bergantung kepada teknologi.
No comments:
Post a Comment