Thursday, 2 August 2012

ANALISIS PEKELILING-PEKELING IKHTISAS BERKAITAN

Disediakan oleh:
NAMA PELAJAR: POK SEE WEI
                   UNIT: PC 3 (PPG, SEMESTER 3)


ANALISIS PEKELILING-PEKELILING IKHTISAS BERKAITAN

SURAT PEKELILING IKHTISAS

BIL. 5/1992 :
·         Pelaksanaan Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Mulai Tahun 1993

Pengisian Pekeliling:

            - Pengajaran KHSR Tahun 4 ( 1992/1993 )
            - Pengajaran KHSR Tahun 5 ( 1993/1994 )
            - Pengajaran KHSR Tahun 6 ( 1994/1995 )

 Pengisian Pekeliling:
        - Peruntukan masa dua waktu seminggu  ( 30 minit X 2 )
            - satu waktu diambil daripada bahasa pengantar.
            - satu waktu lagi diambil daripada masa yang  diubahsuai.
            - KHSR menggantikan Kemahiran Manipulatif dan Amalan Perdagangan.

 INOVASI KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

Maksud Inovasi Kurikulum
-       kurikulum yang sedia ada akan diperbaharui. Is menjadi lebih berkesan dengan memasukkan elemen-elemen baru yang tidak terdapat pada kurikulum tertentu.

Teori Perubahan Motivasi Kurikulum

1.    Teori Fungsi
2.    Teori Mental
3.    Teori Kurikulum
4.    Teori Kurikulum Saintifik

1.    Teori Fungsi

-       Kurikulum yang digubal perlu kea rah penyediaan kemahiran pekerjaan sesuai dengan keperluan tenaga manusia melibatkan pelbagai jenis pekerjaan yang melibatkan latihan peningkatan kemahiran dari semasa ke semasa.

-       Inovasi terhadap kurikulum mata pelajaran ini dilakukandengan tumpuan utamanya adalah kepada penguasaan kemahiran dalam bidang Reka Bentuk Teknologi serta perniagaan dan keusahawanan.
2.    Teori Mental

-       Kurikulum perlu sentiasa diperbaharui untuk membolehkan apa jua ilmu pengetahuan dapat diajar kepada kanak-kanak sebagai latihan pembinaan disiplin, keupayaan menaakul.

-       Perubahan terhadap kurikulum KHSR menambaik beberapa mata pelajaran berkaitan seperti ketukangan, keusahawanan serta pengurusan diri dan keluarga.
3.    Teori Kurikulum

-       Badaya dan ilmu pengetahuan sentiasaberkembang maka kurikulum perlu diubah agar dapat merentasi masa dan sesuai dengan konteks sosial, politik dan ekonomi semasa.

4.    Teori Kurikulam Saintifik

-       Teori ini menegaskan kepentingan kanak-kanak dibezakan mengikut darjah kecerdasan, agar mereka dapat latihan yang spesifik selaras dengan peranan mereka dalam masyarakat.
Faktor-faktor mempengaruhi pembentukan dan perubahan kurikulum.

1.    Kewujudan ilmu-ilmu yang baru atau perkembangan atau penemuan ilmu baru.
2.    Keperluan masyarakat dan negara yang berubah.
3.    Perkembangan sains dan teknologi.
4.    Perkembangan dasar kerajaan pedagogi
5.    Pedagogi
6.    Keperluan sumber manusia.
7.    Kelemahan pelaksanaan kurikulum sedia ada.


No comments:

Post a Comment