TUGASAN PROJEK
TAJUK PROGRAM : PPG SEMESTER: 3 NAMA GURU PELATIH:........................................
TAJUK KURSUS: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH
TARIKH MULA: 11 OGOS 2012
TARIKH HANTAR: 15 SEPTEMBER 2012
Hasil Pembelajaran Kursus
1.
Menghuraikan
sistem kurikulum dan pengajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (KHSR) di
Malaysia
2.
Menginterpretasikan proses perancangan, pelaksanaan dan
penilaian KHSR
3.
Menganalisis dan mensintesis maklumat daripada pelbagai
sumber untuk merancang, mereka bentuk
dan membina kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah
4.
Menjelaskan skop organisasi dan pengurusan bengkel.
5.
Mengaplikasikan pengurusan keselamatan bengkel.
6.
Menghuraikan pengurusan kewangan, pengendalian bahan dan
alatan.
7.
Mengaplikasikan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik
pengajaran bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah dengan cekap dan
berkesan.
8.
Menyediakan perancangan pengajaran berasaskan kepada
sukatan pelajaran.
Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 7 dan 8
Pelajar
dapat melaksanakan tugas-tugas berikut :
1.
Menjelaskan pendekatan dan strategi pengajaran
pembelajaran bidang TEKNOLOGI dan REKA BENTUK Kemahiran Hidup SR.
2.
Menghuraikan pelbagai jenis kaedah pengajaran dan
pembelajaran bidang
TEKNOLOGI dan REKA BENTUK mata pelajaran Kemahiran Hidup
SR.
3.
Merancang dan menghasilkan persediaan mengajar bidang
TEKNOLOGI dan REKA
BENTUK mata pelajaran Kemahiran Hidup SR yang lengkap.
4.
Mengaplikasikan kaedah
pengajaran dan pembelajaran bidang TEKNOLOGI dan REKA
BENTUK mata
pelajaran Kemahiran Hidup SR yang berkesan.
5. Menggunakan bahan/alat bantu mengajar bentuk persembahan
” MS Power point” yang
mengandungi elemen audio dan video mengikut tajuk dan
sukatan pelajaran Kemahiran
Hidup Sekolah Rendah.
Tugasan Projek (50%)
Murid
yang berjaya dalam pembelajaran didorong oleh guru yang berjaya mengaplikasikan
pelbagai pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang
sesuai. Oleh itu pemilihan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik yang sesuai
adalah penting untuk menghasilkan persediaan mengajar mata pelajaran KH yang
lengkap dan berkesan. Selain itu, pemilihan bahan bantu mengajar juga turut
membantu guru melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih
berkesan.
Berdasarkan pernyataan di atas, anda
dikehendaki menulis satu esei pendek
mengenai kaedah atau teknik yang
sesuai dan diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup
Sekolah Rendah. (Pilih 5 kaedah atau teknik yang berbeza).
Sub tugasan
1. Secara
berkumpulan (2 atau 3 orang satu kumpulan), sediakan satu
rancangan pengajaran harian(RPH) berdasarkan tajuk dalam sukatan pelajaran Kemahiran
Sekolah Rendah. Rancangan pengajaran harian tersebut perlu mengandungi
sekurang-kurangnya satu kaedah atau
teknik yang telah dipilih dan bahan/alat
bantu mengajar dalam bentuk ’power point’
yang mengandungi elemen audio dan video.
2. Secara
individu anda dikehendaki menulis
refleksi berhubung dengan tugasan di atas. Penulisan refleksi anda perlu
merangkumi aspek-aspek berikut:
ii. Masalah yang dihadapi
semasa menjalankan tugasan dan bagaimana
mengatasinya.
iii. Huraikan bagaimana
pengalaman anda dalam menjalankan tugasan ini mampu meningkatkan kefahaman anda
tentang perkembangan kognitif individu.
Panduan
Pelaksanaan Kerja Kursus
1. Tugasan ini adalah tugasan berkumpulan (2 atau 3 orang satu kumpulan).
2. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data.
3. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut:
3.1 Muka depan hendaklah mengikut format
terkini.
3.2 Font Arial3.3 Saiz huruf – 12
3.4 Langkau 1.5 baris
3.5 Rujukan mengikut format APA (American Psychological Association)
3.6 Lampiran adalah wajib.
3.7 Jawab dalam Bahasa Melayu sahaja.
4. Panjang tugasan
antara 2 500 hingga 3 000 perkataan atau tidak melebihi 15 muka
surat.
5. Rujukan
tidak termasuk dalam jumlah pengiraan perkataan.surat.
6. Amalan plagiat tidak dibenarkan.
7. Tugasan ini perlu disiapkan dalam tempoh empat hingga enam minggu.
8. Tugasan ini membawa markah 100% dan wajaran 50%.
Tugasan
Yang Baik Harus Menunjukkan Kriteria-Kriteria Berikut:
1. Liputan
isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.
2. Tugasan
anda haruslah meliputi perkara berikut:
a. Pengenalan yang menarik.
b. Perkembangan yang dapat mengupas isi
dengan jelas dan tepat. c. Implikasi yang membina.
d. Rumusan/cadangan dan menjawab persoalan tugasan.
3. Bukti-bukti
dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah dikemukakan.
4. Keseluruhan
isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian dengan sokongan ilmiah.
5. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren.
6. Penulisan esei / refleksi harus menunjukkan kefasihan bahasa, laras bahasa yang
sesuai dan tiada kesalahan ejaan dan kematangan hujah.
7. Rujukan perlulah dari pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi kehendak tugasan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment