Friday 5 October 2012

ARAS SOALAN


 TAKSONOMI DAN DOMAIN

TAKSONOMI BLOOM (TAHAP-TAHAP KOGNITIF BLOOM )

Kebanyakan ujian di dalam bilik darjah bertujuan mengetahui tahap kognitif pelajar. Menurut Benjamin S. Bloom, aras kognitif boleh dibahagikan kepada 6 tahap, iaitu: Pengetahuan, Kefahaman, Aplikasi, Analisis, Sintesis dan Penilaian.

Aras Pengetahuan

Aras ini menguji sejauh mana keupayaan pelajar untuk mengingat kembali fakta atau pengetahuan telah dipelajari. Terdapat tiga peringkat dalam aras pengetahuan ini :

1. Pengetahuan fakta khusus berkaitan dengan istilah berbentuk perkataan atau symbol.
2. Pegetahuan tentang cara mengendalikan sesuatu yang meliputi pengetahuan tentang proses, aliran, pemeringkatan, penjenisan, teknik atau prosedur tertentu dalam menyelesaikan masalah.
3. Pengetahuan tentang perkara yang bersifat sejagat dan abstrak dalam sesuatu bidang. Contonya; siapa,apa, di mana, bila, beri definisi, senaraikan, dan nyatakan.

Ciri-ciri soalan aras pengetahuan:
• Pelajar perlu menggunakan proses mental.
• Pengetahuan yang diminta hendaklah sama dengan pebgajaran guru.
• Soalan tidak memerlukan pelajar mengubah pengetahuan dalam bentuk baru.
• Jawapan dapat ditentukan dengan mudah sama ada salah atau betul.


Aras Kefahaman

Aras ini memerlukan keupayaan pelajar member huraian atau makna sesuatu perkara. Aras kefahaman ini terbahagi kepada tiga:

Penterjemahan
• Menterjemah bahasa lain ke bahasa lain tanpa mengubah makna asal.

Mentafsir (Interpretasi)
• Mentafsir idea/ mesej tersirat dan tersurat.
• Menerangkan idea dalam ayat sendiri.

Ekstrapolasi
• Membuat inferens tentang apa yang akan berlaku pada masa hadapan berdasarkan maklumat yang diberikan/ terima.

Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras kefahaman ini anataranya jelaskan, huraikan, terangkan, mengapakah, bezakan, nyatakan, dan kelaskan.

Ciri-ciri soalan aras kefahaman
• Proses mental
• Maklumat asas telah diajar
• Perlu bahan atau alat komunikasi
• Pelajar menyatakan kefahaman mereka sendiri.



Aras Aplikasi

Aras ini menguji keupayaan pelajar menggunakan konsep, teori, prinsip, hukum, dan prosedur. Aras ini memerlukan pelajar benar-benar memahami segala konsep, teori, hukum, untuk menyelesaikan masalah. Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras aplikasi antaranya kirakan, selesaikan, susunkan, dan gunakan.

Ciri-ciri soalan aras aplikasi
• Menggunakan proses mental aplikasi
• Soalan melibatkan tiga frasa iaitu
• Masalah situasi yang baru tidak dengan masalah yang dibincangkan dalam bilik darjah.

Aras Analisis

Aras ini mengkehendaki pelajar untuk memecahkan sesuatu perkara kepada unsur-unsur kecil dan memperlihatkan pertalian antara unsur-unsur. Aras ini menekankan keupayaan pelajar mengenal pasti unsur-unsur dan struktur yang mengaitkan unsur-unsur.

Jenis-jenis aras analisis
1. Analisis unsur – memerlukan pelajar menetukan unsur-unsur. Pelajar juga perlu mencari bukti untuk menyokong unsur yang sedia ada.
2. Analisis hubungan – membuat perkaitan bukti dengan hipotesis.
3. Analisis prinsip – pelajar mengenal pasti prinsip sesuatu organisasi yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu dengan mengenalisis tujuan, pandangan dan pendirian.

Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini ialah kenapakah, mengapa, apakah faktor, buatkan rumusan dan buktikan.

Ciri-ciri soalan aras analisis
• Soalan menggunakan proses mental analisis
• Situasi masalah berbeza daripada pengalaman dalam bilik darjah.
• Situasi, dokumen perlu dianalisis
• Soalan memerlukan fikiran kritik, bukan mengulang pengetahan yang dipelajari.


Aras Sintesis

Aras ini memerlukan keupayaan pelajar untuk menggabungkan sesuatu struktur kepada yang lebih jelas.

Jenis-jenis soalan aras sintesis.
1. Sintesis penyampaian – menghurai dan menarik minat.
2. Sintesis himpunan – satu himpunan perlakuan.
3. Sintesis cadangan – cadangan melalui andaian, analisis dan hubungan yang abstrak.

Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini ialah ramalkan, hasilkan, tuliskan, cadangan, dan apa akan berlaku.


Aras Penilaian

Aras ini menguji keupayaan pelajar menilai sesuatu perkara berasakan kriteria yang perlu diketahui. Pelajar perlu membuat pertimbangan tentang nilao sesuatu idea hasil kerja penyelesaian bahan, sesuatu idea atau sebagainya. Pertimbangan dibuat dengan piawaian tertentu seperti tepat, berkesan, memuaskan, baik, buruk dan lain-lain. Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini ialah pertimbangkan, rumuskan, nilaikan, kritikkan, buktikan, dan huraikan.

Contoh-Contoh Lain:

1          ARAS SOALAN DAN KEMAHIRAN

• INGATAN: ingat kembali

• F AHAMAN: mengerti dan memahami

• APPLIKASI: meyelesaikan

• ANALISIS: menaakul

• PENILAIAN: menilai

• PENCIPTAAN: menggubal(kreatif)

Peringkat Soalan Taksonomi Bloom

I N GA T A N

• Mengenal, mengecam

• Mengingat semula(fakta, definisi)

 

contoh:

• Siapakah….?

Dimanakah…?

Y ang mana satu…?

Apakah….?

• Bagaimana…?

Kenapa..?

Berapakah..?

Bilakah…?

Apakah maksud…?

 

Bacakan
Catatkan
Daftarkan
Kenal pasti
Labelkan
Namakan
Nyatakan
Padankan
Pasangkan
Perihalkan
Pilihkan
Sebutkan
Senaraikan
Tandakan

 

F AHA M A N

• Memberi contoh

·   Mentafsir

• Mengkelas

• Meringkas

• Menyimpul

• Membanding

• Menerang

 

Contoh:

• Dengan menggunakan perkataan kamu sendiri nyatakan…?

• Berikan satu contoh..?

• Pilih definisi terbaik…?

• Ringkaskan perenggan..?

• Terangkan apakah yang berlaku sekiranya..?

• Terangkan apakah yang dimaksudkan..?
 

Anggarkan
Bandingkan
Bezakan
Hitungkan
Huraikan
Jelaskan
Kategorikan
Kemukakan
Parafrasa
Perluaskan
Ramalkan
Rangkumkan
Simpulkan
Terangkan
Terjemahkan
Tulis semula dengan perkataan sendiri

 

APP L I K AS I

·   Menyempurna

·    Melaksana

 

Contoh:

• Adakah anda tahu dalam situasi lain dimana…?

• Dari maklumat yang diberi, bolehkah anda menghasilkan satu set arahan mengenai…

• Nyatakan banyak manakah perubahan akan berlaku...?

Binakan
Carikan

Gambarkan
Gunakan
Kaitkan
Kemukakan
Kirakan
Laksanakan
Organisasikan
Ramalkan
Selesaikan
Simulasikan
Suaikan
Tentukan
Terapkan
Tunjukkan

 

A N A L I S I S

• Menyusun/mengatur

·   Membez a

• Membuat tanggapan

 

Contoh:

Apakah tujuan……?

Kenapa……?

Sekiranya……..?

Bolehkah kita mengandaikan….?

Apakah kesimpulan..?

Apakah hubungan diantara….?

Nyatakan pandangan pengarang…?

Banding beza
 
Bandingkan

Beri sebab

Bezakan
Buat analisis
Buat eksperimen
Buat inferensi
Buat kiraan/hitungkan
Buktikan
Cerakinkan
Diagnosis
Diskriminasi
Ilustrasi
Inferensi
Kategorikan
Kesan
Kritik
Modelkan
Perincikan
Rangka
Simpulkan
Teliti/Periksa
Ubah suai

 

P E N I L A I A N

·         Memeriksa/menyemak

• Adakah cara lain yang lebih baik…?

• Bolehkah anda mempertahankan pegangan mengenai…?

• mengkritik • Apakah perubahan kepada……yg anda cadangkan?

• Adakah anda mempercayai….? Apakah perasaan anda mengenainya?

• Siapa yang akan mendapat manfaat& siapa yang akan rugi?

 
Buat anggaran 
Buat generalisasi
Buat penghakiman
Buat ramalan
Buat rumusan 
Buat verifikasi
Buktikan Cantumkan
Diskriminasikan 
Gabungkan
Hubungkait
Huraikan
Interpretasikan
Nilai
Nilaikan 
Pertimbangkan
Taksirkan

 

 

P E N C I P T AA N / SINTESIS

• Menjana

• Merancang

• Menghasilkan

 

Contoh:

• Bolehkah anda mencipta…untuk…?

• Bolehkan anda melihat kemungkinan penyelesaian kepada….?

• Sekiranya anda mempunyai sumbersumber…bagaimana anda akanmenanganinya

• Berapa carakah anda boleh…?

• Bolehkah anda menghasilkan cara

penggunaan baru dan unik untuk…..?
 

Bandingkan
Bentukkan
Buktikan
Cadangkan
Ciptakan
Gabungkan
Gubal
Jana
Perincikan
Perjelaskan
Putuskan
Rancangkan
Rumuskan
Sediakan
Sintesiskan
Simpulkan
Susun semula
Tafsirkan

 

SOALAN INTERAKSI 4 - PENGAJARAN MIKRO

PENGAJARAN MIKRO


Soalan

1.Apa makna mikro dan makro secara am dan apa kaitannya dengan situasi sebenar dalam kehidupan?

2.Senaraikan situasi pengajaran mikro.

3.Senaraikankomponen penyampaiandi dalam pengajaran mikro,

4.Bina 2 soalan pada aras aplikasi.

5.Kenapa perlu ada komponen penutup sesuatu rancangan pengajaran?

6.Sediakan satu rancangan pengajaran harian mata pelajaran pilihan anda.

7.Apakah perkara yang terdapat di dalampengetahuan sedia adamurid?
 
8.Berdasarkan format persediaan pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup, terangkan fungsi objektif, set induksi, langkah pengajaran dan penutup.
 
9.  Pilih satu kemahiran dalam pengajaran mikro. Huraikan kemahiran-kemahiran itu dari faktor-faktor yang mempengaruhinya dengan jelas.

LATIHAN BERASASKAN KETRAMPILAN

LATIHAN BERASASKAN KETRAMPILAN

Nota telah diubahsuai untuk tujuan kuliah oleh BCN3
1.Lee Chui Ting

2.Low Wee Meng

3.Yap Chee Yong

4.Wong Mai Chan

Soalan Interaksi 5 - Bahan Bantu Mengajar


PENYEDIAAN DAN PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR
 
Soalan

1.Huraikan definisi bahan bantu mengajar.

2. Nyatakan tujuan penggunaanBBM
 
3. MengapakahBBM perlu di organisasikan dengan kemas dan sempurna? Bincangkan.
 
4. Nyatakan 3 cara memilih bahan bantu mengajar. Huraikan salah satu daripada cara tersebut.

5. Jelaskan perbezaan BBM jenis maujud dengan separa maujud.

6.Senaraikan sekurang-kurangnya 3 kaedah penyimpanan BBM dengan betul.

7.Huraikan perbezaan antara perkakasan dan perisian dalam pendidikan multimedia.

8.Jelaskan pengintergrasian perkakasan dan perisian dalam proses P&P.