Sukatan Pelajaran
Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (KHSR)
•Matlamat mempelajari mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (KHSR) – Bidang Reka Bentuk dan Teknologi & Perniagaan dan Keusahawanan.
a.Memperolehi kemahiran asas dan pengetahuan berasaskan teknologi dan keusahawanan.
b.Menjalankan kerja-buat-sendiri
c.Mereka cipta dan kecenderungan berurusniaga
d.Mengamalkan budaya kerja yang baik
e.Berinisiatif dan merebut peluang secara bijak, kreatif & inventif
f.Menanamkan nilai murni, sikap positif dan budaya kerja yang baik semasa menjalankan aktiviti amali
Topik yang terkandung dalam sukatan mata pelajaran KHSR
1.0 Reka Bentuk dan teknologi
1.1 Keselamatan dan Organisasi Bengkel
1.2 Kreativiti dan Reka Cipta
1.3 Reka Bentuk dan Penghasilan Projek
1.4 Elektrik dan Elektronik
1.5 Baik pulih dan Penyenggaraan (alatan tangan)
1.6 Penanaman
2.0 Perniagaan dan Keusahawanan
2.1 Barang Jualan
2.2 Merancang dan Menyediakan Jualan
2.3 Mempromosi Jualan
2.4 Mengurus Jualan
2.5 Merekod Jualan
1.Sukatan pelajaran
•Topik yang terkandung dalam sukatan mata pelajaran KHSR
1.0 Reka Bentuk dan Teknologi
1.2 Kreativiti dan Reka Cipta
1.3 Reka Bentuk dan Penghasilan Projek
1.4 Elektrik dan Elektronik
1.5 Baik pulih dan Penyenggaraan (bangunan)
1.6 Jahitan (membaiki pakaian)
1.7 Ikan Hiasan
2.1 Merancang dan menyediakan jualan
2.2 Mempromosi jualan
2.3 Mengurus jualan
2.4 Mengurus perbelanjaan diri
1.0 Reka Bentuk dan Teknologi
1.2 Kreativiti dan Reka Cipta
1.4 Elektrik dan Elektronik
1.5 Baik Pulih dan Penyenggaraan (mesin mudah, kerosakan kecil perabot )
1.6 Jahitan (artikel mudah)
1.9 Tanaman sayuran
2.0 Perniagaan dan Keusahawanan
2.2 Merancang dan menyediakan barang jualan
2.3 Mempromosi jualan
2.4 Mengurus jualan
2.5 Risiko dalam perniagaan
2.6 Sikap pengguna yang bijak
Bidang/
Unit/ Topik Pembelajaran (Tahun 6 )
1.5 Baik pulih dan penyenggaraan
b. Penyenggaraan dan membaiki kerosakan pada mesin mudah
Hasil Pembelajaran
Aras 1:
•Mengenal pasti bahagian yang perlu dibaik pulih
•Memilih bahan dan alatan tangan yang sesuai untuk kerja membaik pulih
•Menjalankan kerja baik pulih dan menggantikan komponen yang rosak
•Memeriksa, menguji dan melaras
Aras 2:
•Memeriksa, menguji dan melaras rantai basikal
Aras 3:
•Menampal tiub basikal/ mengganti tiub basikal
hi, Puan May, tak dapat cari tajuk kerja kursus!
ReplyDeleteSoalan kerja kursus, akan dimuatnaik oleh penyelaras dalam masa terdekat sebelum interaksi 3.
ReplyDeleteTajuk aktiviti untuk persediaan interaksi 3, ada dalam Kursus ... Pengenalan
Soalan perbincangan dalam blog, ada tercatat dalam blog - tajuk Keselamatan di dalam Bengkel...Selamat menjawab soalan...
1.Nyatakan konsep keselamatan, keselamatan pekerjaan dan keselamatan industri, faedah keselamatan industri dan kepentingan mempelajarinya.
Deletekonsep keselamatan adalah keadaan terpelihara atau terhindar daripada bahaya, bencana atau gangguan yang boleh menyebabkan berlakunya kemalangan.
manakala Konsep keselamatan pekerjaan pula merupakan ilmu dan penerapan teknologi untuk meningkatkan keselamatan yang berkaitan dengan alat kerja, proses kerja, tempat kerja dan kawasan lingkungannya.
yap chee yong pc3
1.Pada pendapat anda bagaimanakah susun atur makaml KH yang baik?
ReplyDeleteSusilkumar PKB 1
Pada pendapat saya,susun atur makmal yang baik ialah;
Delete1)Susun atur yang menyenangkan pergerakan dan interaksi.
2)Keadaan peralatan baik,tersusun dan selamat.
3)Susunan kerusi meja yang kemas dan teratur.
4)Makmal yang bersih dan kemas.
5)Makmal yang ceria dengan pelbagai bahan pengajaran dan hiasan yang menarik.
*Marziana Mohd Idris (PKB 1)
Pada pendapat saya, susun atur makmal yang baik hendaklah ;
Deletea) kemas dan teratur - tidak mengganggu ruang untuk pergerakan
b) semua peralatan di simpan di tempat yang sesuai dan selamat
c) melabelkan semua tempat untuk memudahkan guru dan murid apabila berada di makmal.
d) susunan meja dan kerusi yang tidak menghalang aktiviti di makmal
e) sentiasa dalam keadaan bersih
f) meletakkan plan susun atur di makmal sebagai rujukan.
g) ruangan bilik yang selesa untuk melakukan sebarang aktiviti yang berkaitan.
Pada pendapat saya makmal yang baik adalah:
ReplyDelete1) susun atur meja murid mestilah bertentangan dengan meja guru
2)Peralatan yang tajam mestilah disimpan ditempat yang selamat.
3)Makmal haruslah dibersihkan setelah digunakan.
nazirah bt romli PKB 1
1) Pada pendapat kawan-kawan semua aspek manakah yang sesuai kita tekankan kepada pelajar PPKI untuk di ajar ketika Kemahiran Hidup?Samada dari aspek masakan,jahitan,pertukangan,perkebunan,Pemeliharaan haiwan ataupun mendobi?
ReplyDeleteNazirah Bt Romli PKB 1
Pada pendapat saya aspek perkebunan perlu lebih dititikberatkan kerana melalui perkebunan, terdapat banyak fungsional murid terlibat seperti kemahiran motor halus,motor kasar,koordinasi mata tangan,koordinasi mata kaki dan banyak lagi. Bermula daripada bermain dengan tanah/pasir, kesemua fungsi anggota badan murid akan terlatih dengan pergerakan-pergerakan dari motor halus hinggalah kasar mengikut turutan yang betul seperti dari meramas-ramas pasir kepada mengangkut tanah dan kemudian mencangkul tanah.Selain itu, perkebunan mengajar murid untuk mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah selain dapat memupuk semangat cintakan alam sekitar.disamping itu,murid juga akan belajar tentang keusahawanan. Hasil-hasil tanaman yang dipungut boleh dijual dan sekaligus mendedahkan murid dengan proses jual beli.Walaubagaimanapun,walau apa pun kemahiran yang diajar kepada murid-murid pendidikan khas, sedikit masa perlu diberikan kepada mereka untuk mendapat perubahan dan mencapai objektif yang kita sasarkan..sekian.
DeleteNorulbain bin Mohamed Zid (PKB 1)
Pada pendapat kawan - kawan semua, bagaimanakah hendak mewujudkan amalan budaya kerja yang baik dalam sesuatu tugasan?
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletePada pendapat saya itu semua bergantung kepada tahap kemampuan pelajar kerana pelajar PPKI terdiri daripda pelbagai kategori..guru lebih maklum dengan tahap penguasaan pelajar mereka..sebagai contoh pelajar yg mempunyai masalah motor halus tidak sewajarnya diberikan KH jahitan sebaliknya guru boleh menggunakan kekuatan mereka di dalam bidang KH yang lain..
ReplyDeletesiti mariam PKB 1
Pada pendapat saya susun atur bengkel kemahiran hidup perlulah mengambil kira beberapa perkara antaranya:
ReplyDelete1. Keselamatan bangunan
2. keselamatan pengguna( guru/murid )
3. Ada pencahayaan
4. Ada pengudaraan yang baik
5. sistem pendawaian (elektrik) yang baik
6. mengambil kira langkah-langkah keselamatan yang sewajarnya.
sila rujuk attachment di bawah untuk maklumat lanjut.
http://eprints.utm.my/10916/1/Pengurusan_Bengkel_Manipulatif_Persepsi_Pelajar_Terhadap_Kaedah_Pengurusan_Bengkel_Kemahiran_Manipulatif_Di_Salah_Sebuah_Smk_Luar_Bandar.pdf
http://www.kemahiranhidup2u.com/
http://www.slideshare.net/AinulRuwaidi/pengurusan-bengkel-kemahiran-hidup
http://www.slideshare.net/ctnoreha/bengkel-kh-10154451
Norhaizan bt Md Yasin PKB 1(sem 3 2012)
Murid integrasi pendidikan khas sekolah rendah telah didedahkah dengan aspek kemahiran hidup seawal umur 7 tahun, namun begitu kini hanya murid KBSR sahaja yang sedang belajar Kemahiran Hidup, pada pendapat anda apakah cadangan aktiviti kemahiran hidup yang sesuai untuk murid-murid pendidikan khas bermasalah autistik(Autisme)yang secara tidak langsung membantu mereka dalam kehidupan seharian.
ReplyDeletePada pendapat anda, sejauhmanakah keberkesanan pengajaran kemahiran hidup berdasarkan sukatan KHSR kepada murid integrasi Pendidikan Khas pada masa kini..
ReplyDeletediantara matlamat mempelajari KHSR adalah mereka cipta dan kecenderungan berurusniaga. bagaimanakah cara yang terbaik untuk diterapkan kepada pelajar PPKI ?
ReplyDeleteSoalan untuk kawan2
ReplyDeleteBolehkan peralatan dari Bengkel KH di bawa atau dipinjam kepada sekolah lain dengan kebenaran dari Ketua Panitia?