Friday, 10 August 2012

(Nota disusun semula untuk kuliah oleh Zuraida Hamid - PKB 1)


Analisis Pekeliling-Pekeliling Ikhtisas Berkaitan

 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 5/1992   

ü  Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah dilaksanakan bermula pada Tahun 1993

Pengisian Pekeliling:

ü  Peruntukan masa dua waktu seminggu  ( 30 minit X 2 )

ü  Satu waktu diambil daripada bahasa pengantar

ü  Satu waktu lagi diambil daripada masa yang  diubahsuai.

ü  KHSR menggantikan Kemahiran Manipulatif dan Amalan Perdagangan.

Inovasi Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah


ü  Menurut Kamus Dewan, Edisi Keempat (2007), inovasi bermaksud sesuatu yang baru diperkenalkan atau perihal (tindakan dan sebagainya), mengadakan, memulakan sesuatu yang baru.


ü  Dalam konteks pendidikan, inovasi bermaksud sebagai usaha  yang dirancang dengan teliti bagi memperbaiki amalan proses pendidikan untuk mencapai beberapa objektif bagi kebaikan masyarakat dan Negara.


ü  Menurut Razali Arof (1991),“Inovasi pendidikan diertikan sebagai penghasilan idea dalam bentuk mujarad berdasarkan proses pengubahsuaian dan penyusunan semula unsur sedia ada dengan tujuan untuk memperkemas dan mempertingkatkan lagi beberapa aspek dalam pendidikan”.


Teknik dalam inovasi kurikulum



IMEJ



Membuat Keputusan Dalam Inovasi Kokurikulum

ü  Proses yang penting untuk kesempurnaan dalam bidang kurikulum


ü  Bukan hanya wujud dalam bidang kurikulum tetapi juga dihadapi oleh setiap individu, baik keputusan tentang diri sendiri, keluarga, dirumah dan di tempat kerja


Proses Membuat Keputusan Yang Efektif
IMEJ


Perlaksanaan Inovasi Kurikulum KHSR



ü  Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (KHSR) adalah satu matapelajaran dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang diajar pada Tahap II. 

ü  Kurikulum KHSR digubal untuk menanam kesedaran celik teknologi melalui penguasaan kemahiran praktis dan pengetahuan serta pemupukan sikap positif berasaskan teknologi dan keusahawanan. 

ü  Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menjalankan semula semakan bagi memantapkan proses pengajaran dan pembelajaran. 

ü  Penyemakan semula kurikulum bertujuan memantapkan Akta Pendidikan selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan 

ü  Pentadbir sekolah sentiasa memberi sokongan dan peka terhadap keperluan-kerperluan yang diperlukan terhadap pelaksanaan matapelajaran Kemahiran Hidup disekolah. 

ü  Guru memainkan peranan yang penting dalam pelaksanaan sesuatu inovasi kurikulum. 

ü  Tanpa penglibatan guru secara aktif, matlamat kurikulum yang dirancang sukar untuk dicapai. 

ü  Murid  mempelajari kemahiran asas dan pengetahuan berasaskan teknologi dan keusahawanan 

ü  Sekolah dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmonis seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.



Halangan Dalam Perlaksanaan Dalam Inovasi Kurikulum 

ü  Ketidakyakinan dalam penggunaan alat-alat yang canggih termasuk alatan elektronik dan juga teknologi computer dan telekomunikasi. (Slavin,1990) 

ü  (Fullandan Miles,1992) Kewujudan perasaan bimbang, konflik, rasa tidak tenteram dan kesukaran guru untuk menukar amalan sedia ada kepada amalan yang baru 

ü  Sikap sesetengah guru yang suka berkonfrontasi dengan pihak sekolah walaupun kemudahan yang diperlukan telah pun dipenuh (Badaraco&Ellsworth,1989)

 Isu-Isu Dalam Pelaksanaan Inovasi Kokurikulum

  1. Motivasi Guru

ü  Sekiranya guru mempunyai tahap motivasi yang tinggi,hasil kerja mereka akan meningkat, pelaksanaan tugas menjadi cekap. (Hargreaves ,1994)

ü  Kakitangan bermotivasi lebih berdaya saing, kreatif,positif, komited terhadap tugas dan menumpukan perhatian terhadap pencapaian matlamat. 

ü  Pertambahan tugas guru disebabkan pengenalan sesuatu inovasi akan membangkitkan tekanan emosi dikalangan guru.


  1. Sikap Guru


ü  Sikap guru perlu dikenal pasti dan dianalisis bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan inovasi.(Tobin danMcRobbie,1996) 

ü  Little (1990) menyatakan bahawa guru  yang bersikap positif terhadaptugas akan mempengaruhi keberkesanan pelaksanaan sesuatu inovasi.


  1. Pengetahuan Dan kemahiran Guru


ü  Penguasaan guru dalam aspek tersebut memandu mereka untuk melaksanakan tugas dengan berkesan

ü  Wiles dan Bondi (1998) berpandangan tanpa pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi akan menjejaskan tahap kesediaan guru untuk melaksanakan sesuatu inovasi




No comments:

Post a Comment