Tuesday, 7 August 2012

Kewangan

KEWANGAN

Nota disusun untuk Kuliah oleh En Cho Keng Boon.

BAB A PENERIMAAN

Pegawai penerima : pegawai yang diberi tanggungjawab untuk menerima dan mengesahkan aset yang diperoleh
Pegawai bertauliah : pegawai yang memiliki kepakaran dalam bidang tertentu.

OBJEKTIF
Memastikan setiap aset yang diterima menepati spesifikasi yang ditetapkan
Menentukan kualiti dan kuantiti sebenar mengikut pesanan, dan
Memastikan aset diterima dalam keadaan yang baik, sempurna dan selamat untuk digunakan.

BAB B PENDAFTARAN
Bertujuan

Mewujudkan pangkalan data yang lengkap, tepat dan kemas kini;
Memudahkan pengesanan dan pemantauan
Membolehkan keadaan aset diketahui; dan
Memudahkan penyelenggaraan, pelupusan dan penggantian aset.

TEMPOH PENDAFTARAN
Setiap aset hendaklah didaftarkan dalam tempoh 2 minggu dari tarikh pengesahan penerimaan

PENDAFTARAN ASET HADIAH
Aset secara hadiah bagi tujuan pameran dan latihan / pembelajaran tidak perlu didaftarkan.

PUNCA MAKLUMAT
Bagi mendaftar aset, dokumen dirujuk:

Aset yang dibeli:
(I)   Pesanan rasmi kerajaan
(II)  Nota serahan
(III) Invois
(IV) Dokumen kontrak
(V)  Kad jaminan
(VI) Manual pengguna dan lain-lain

ASET YANG DISEWA BELI
Surat ikatan perjanjian
Dokumen-dokumen lain yang berkaitan

ASET DITERIMA DARIPADA SUMBER LAIN
Salinan daftar jika aset diterima secara pindahan
Surat kelulusan menerima hadiah

ASET YANG BELUM DAFTAR
Sekiranya tiada punca maklumat
Pendaftaran dibuat berdasarkan maklumat di fizikal aset berkenaan atau sumber-sumber lain berkaitan

DOKUMEN PENDAFTARAN
Daftar harta modal KEW PA 2
Daftar inventori KEW PA 3

Bagi pendaftaran melalui  sistem berkomputer:
1.Format yang sama digunakan pakai
2.Daftar hendaklah dicetak
3.Ditandatangani oleh ketua jabatan

URUSAN PENDAFTARAN ASET ALIH
Semua aset hendaklah didaftarkan oleh pegawai di kementerian / jabatan  PTJ.
Senarai daftar harta modal dan senarai inventori perlukan disediakan.

KEW. PA 4 DAN KEW PA 5
Salinan KEW PA 4 DAN KEW PA 5 hendaklah dikemukakan secara tahunan.
Perlu kemas kini  bila ada : penambahan/penggantian/Menaik taraf aset, pemeriksaan aset, pelupusan dan hapus kira.

No comments:

Post a Comment