KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL/ MAKMAL
OBJEKTIF
1.Menyatakan konsep keselamatan, keselamatan pekerjaan dan keselamatan industri, faedah keselamatan industri dan kepentingan mempelajarinya.
2.Menyatakan tujuan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, peranan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) dan fungsi Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia.
3.Menyatakan penalti yang dikenakan setelah Akta Keselamatan Pekerjaan dan Pekerjaan dikuatkuasakan.
4.Menyatakan langkah-langkah keselamatan dalam menjalankan kerja dan mematuhi Etika Diri dan Etika Kerja semasa melakukan kerja.
5.Menerangkan bagaimana api terhasil, cara api merebak dan kaedah memadamkan kebakaran.
6.Membezakan kelas-kelas kebakaran dan jenis-jenis alat pemadam api.
7.Menghuraikan pengurusan kebakaran dan penggunaan peralatan pencegahan kebakaran.
Objektif 1: Konsep
i. Konsep keselamatan.
Keadaan terpelihara atau terhindar daripada bahaya, bencana atau gangguan yang boleh menyebabkan berlakunya kemalangan.
ii. Konsep keselamatan pekerjaan.
Ilmu dan penerapan teknologi untuk meningkatkan keselamatan yang berkaitan dengan alat kerja, proses kerja, tempat kerja dan kawasan lingkungannya.
iii. Konsep keselamatan industri. Faedah keselamatan industri dan kepentingan mempelajarinya.
Keselamatan industri adalah pekerja yang bebas daripada bahaya atau risiko kecederaan, kawalan kerugian akibat kemalangan serta melindungi kerugian terhadap manusia, harta dan pendapatan.
iv. Faedah keselamatan industri adalah
bagi menghindar/ mencegah kemalangan yang boleh menyebabkan kecederaan/ bahaya kepada pekerja/pelajar, kakitangan dan kelengkapan/ peralatan.
Kepentingan – mengelakkan risiko kemalangan yang menjejaskan keselamatan pekerja dan industri.
Objektif 2: Tujuan Akta
a.Untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-orang yang sedang bekerja terhadap risiko kepada keselamatan yang berbangkit daripada aktiviti orang-orang yang sedang bekerja;
b.Untuk melindungi orang-orang di tempat kerja selain daripada orang-orang yang sedang bekerja terhadap risiko keselamatan atau kesihatan yang berbangkit daripada aktiviti orang-orang yang sedang bekerja;
c.Untuk menggalakkan
suatu persekitaran pekerjaan bagi orang-orang yang sedang bekerja yang
disesuaikan dengan keperluan fisiologi dan psikologi mereka;
d.Untuk mengadakan cara yang menurut perundangan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang berkaitan boleh digantikan secara berperingkat-peringkat oleh sistem, peraturan dan tataamalan industri yang diluluskan, yang berjalan secara bergabung dengan peruntukan Akta ini yang dimaksudkan untuk mengekalkan atau membaiki standard keselamatan dan kesihatan
Peranan NIOSH
1.Untuk menyedia dan menyenggarakan suatu tempat dan sistem kerja yang selamat dan sihat;
2.Untuk memastikan bahawa semua kakitangan adalah diberi maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan berkenaan cara untuk menjalankan tugas dengan selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan;
3.Untuk menyiasat semua kemalangan, penyakit, keracunan dan kejadian berbahaya dan mengambil langkah-langkah untuk memastikan kejadian-kejadian tersebut tidak berulang lagi;
4.Untuk mematuhi kehendak-kehendak perundangan mengenai dan kesihatan seperti
yang ditetapkan di dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
1994, peraturan-peraturannya dan tataamalan-tataamalan
yang diluluskan;
5.Untuk menyediakan kemudahan-kemudahan kebajikan bagi semua pekerja; dan
6.Untuk mengkaji semula dasar ini apabila perlu.
Fungsi Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia
Menyediakan persekitaran kerja yang selamat dan sihat untuk semua pekerjanya dan orang-orang lain yang mungkin terjejas oleh aktiviti-aktivitinya.
OBJEKTIF 3:
Menyatakan penalti yang dikenakan setelah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.
Sek 51- individu
- Denda tidak lebih sepuluh ribu ringgit atau
- Dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau
- Kedua-duanya.
Dalam hal berterusan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari semasa kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Sek 52 – Pertubuhan Perbadanan
Sek 53 – Kesatuan Sekerja
Sek 54 – Agen
OBJEKTIF 4:
Menyatakan langkah-langkah keselamatan dalam menjalankan kerja dan mematuhi Etika Diri dan Etika Kerja semasa melakukan kerja.
Punca kemalangan (mekanikal/ penggunaan jentera/ alat):
Langkah-langkah keselamatan semasa menjalankan kerja.
1.Elakkan drp memegang atau menyentuh bahagian tajam pada mesin / alat.
2.Pastikan mesin ada sistem pembumian
3.Matikan suis kuasa sepenuhnya bila mesin tidak digunakan.
4.Kerosakan – laporan
5.Fius kena betul. Elakkan beban lampau
6.Pastikan bahagian enjin bergerak ada pengadang.
Langkah-langkah keselamatan dalam menjalankan kerja dan mematuhi Etika Diri dan Etika Kerja semasa melakukan kerja.
.
Faktor-faktor Yang Menjadi Punca Kebakaran
A.Faktor Semulajadi
Bencana Alam – Kemarau, Letupan Gunung Berapi
B. Faktor Kemalangan
Kelalaian, Kecualian/
Kesilapan Manusia
C. Faktor Sengaja Dibakar
Perbuatan
Sengaja Dibakar / Khianat
OBJEKTIF 5:
Menerangkan bagaimana api terhasil, cara api merebak dan kaedah memadamkan kebakaran.
Cara api terhasil:
1.Percikan api – kerja kimpalan, bunga api
2.Api ubat nyamuk, mancis, puntung rokok
3.Kebocoran/ mampatan gas
4.Haba mekanikal akibat geseran.
5.Elektrik –
•Litar pintas
•Lebihan kuasa beban aliran kuasa
•Pemanasan setempat pada terminal/ sambungan yang longgar
•Salah pemasangan – saiz wayar/ fius
Kebocoran arus elektrik – kabel/ penebat rosak3 unsur sebabkan kebakaran
- bahan api - kayu, kertas, minyak, gas
- udara -oksigen
- suhu/ haba - menggalakkan nyalaan api
Cara-cara api merebak:
1.Olakan haba – pemindahan haba
2.Pengaliran – melalui pengalir haba
3.Bahangan – melalui gelombang cahaya
4.Terus menerus – apabila bahan bakar bersentuhan antara satu sama lain
Kaedah memadamkan kebakaran:
1.Melaparkan – pindahkan bahan terbakar/ belum terbakar ke tempat lain/ pecah/ hancurkan bahan api yang terbakar
2.Melemaskan – halang kemasukan udara/ tutup/ sungkup
3.Menyejukan – turunkan haba/ suhunya
4.Memutuskan rantai kimia tindakbalas – *CO2, BCF, serbuk kering
*CO2 – karbon dioksida
*BCF – Bromochlodate Flumetheane
OBJEKTIF 6:
Membezakan kelas-kelas kebakaran dan jenis-jenis alat pemadam api.
(bagi menentukan jenis alat pemadam api yang sesuai/ boleh digunakan)
Jenis-jenis pemadam api dan punca api/ kelas risiko kebakaran:
emadam api
kebakaran
Label
Air
Kayu, sampah sarap, plastik, kain
A
Tabung merah
Buih
Minyak, cat,
petrol, lekar,
thinner, gas
B
Soda acid, water CO2
Tabung krim
Debu kering
Semua jenis bahan
ABC
Sodium bikarbonat
Karbon dioksida
Minyak, cat,
petrol, lekar, gas, peralatan gas
BC
Tabung hitam/ biru
Tidak rosakkan komponen elektrik
Tindakan Pencegahan
Sistem Keselamatan
Kebakaran Terdiri Daripada :
Pencegahan & Perlindungan
Kebakaran
Pencegahan Kebakaran
1.Pendidikan Dan
Latihan
2.Penguatkuasaan
3.Kejuruteraan
4.Kawalan Keselamatan
5.Penyelenggaraan
Peralatan
6.“Good House Keeping”
Perlindungan
Kebakaran
1.Perlindungan Pasif
-Tangga Terlindungan
-Koridor Terlindung
-Pintu Rintangan Api
-Lif Bomba
2. Perlindungan
Aktif
-Alat Pecah Kaca
-Alat Pengesan Haba
-Alat Pengesan Asap
-Sistem Pemasangan Sprinkler
-Sistem Pemasangan Pancur
-Sistem Pili Bomba
Soalan:
1.Nyatakan konsep keselamatan, keselamatan pekerjaan dan keselamatan industri, faedah keselamatan industri dan kepentingan mempelajarinya.
2.Apakah tujuan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, peranan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) dan fungsi Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia?.
3.Jelaskan penalti yang dikenakan setelah Akta Keselamatan Pekerjaan dan Pekerjaan dikuatkuasakan.
4.Bagaimanakah langkah-langkah keselamatan dalam menjalankan kerja dan pematuhan Etika Diri dan Etika Kerja semasa melakukan kerja?.
5.Terangkan cara-cara api terhasil, cara api merebak dan kaedah memadamkan kebakaran.
6.Bandingkan kelas-kelas kebakaran dan jenis-jenis alat pemadam api.
7. Huraikan pengurusan kebakaran dan penggunaan peralatan pencegahan kebakaran.



